<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5094340153701727609\x26blogName\x3dToday+My+Life+Begins\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://mangochoco.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://mangochoco.blogspot.com/\x26vt\x3d8951524617233453398', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
bonjour ~

Welcome to the my world! I was once told that the twenties are the best years to make an account of precious memories of life, dreams and love–doing so in the most vibrant manner possible.

: fatty, 31 march, malaysian .
+ follow | Email | Twitter |
Instagram | Dashboard |

Friends:
sora | ainaa

recent update :



Air Mineral
written on Monday 2 September 2013 @ 20:44 ✈

Assalamualaikum saya ucapkan kepada guru-guru , murid-murid dan rakan.. eh? okay silap text.

ek ehem.

Assalamulaikum awak-awak semua haha. okay kali ni pun entri dalam bahasa melayu lagi sebab minggu ni sekolah atie exam dan esok pulak exam English jadi atie rasa blog ni bukan salah satu tempat untuk meng-improve-kan English atie. Lagipun karangan English atie boleh tahan cuma bila speaking je macam mat saleh cakap melayu.

okay apa aku atie mengarut nih? dah lah banyak typo pulak tuh. correction tape habis jadi kene gariskan ajalah. lumrah okay lumrah. jadi back to the topic . haha pelik tak tajuk entri kali ni ? tak pelik ? okay kita tak sehaluan. haha. apasal banyak sangat gelak nih. terlebih gula mungkin. hadoi. okay mengarut lagi. entri kali ni tajuk "Air Mineral" atas sebab-sebab tertentu. yang pasti semuanya terjadi dekat sekolah hari ini. sebelum exam.

kalau nak diikutkan hari ni memang mood atie agak jatuh sikit sebab pagi-pagi lagi atie boleh tak jumpa anak tudung nak pakai pegi sekolah. rasa macam nak pakai tudung biasa je time tuh. kemudian pergi sekolah macam biasa lepas sampai sekolah aja tiba tiba Choi tegur "weh fatty, aku tak kira aku nak kau habiskan jugak spagethi aku" atie pun macam. " O.O " tapi alhamdulillah lah sebab kebetulan atie pun tak sarapan lagi. haha lepastu papa choi datang nak jumpa choi. dengar cerita papa dia nak pegi Papua New Guinea. hm okay skip part itu. masa tu tinggal macam 5 minit je sebelum perhimpunan dan choi cakap "fatty cepatlah habiskan" atie time tuh nak tercekik dah. lepas tu pergi tapak perhimpunan. perut time tuh dah tak selesa dah tapi masih boleh control

haa so far okay tak ? tak okay ? eh! jangan tekan exit dulu. watlek watpeace. itu baru permulaan.

lepas masuk kelas mintak buku "when i was a kid 2" sebab dah mengidam gila nak baca. haha orang lain tengah study atie sibuk baca buku boey tuh. eh eh. ada aku kesah ? oops oops sorry haha. masa tengah sedap-sedap baca tuh. lagi 10 min nak start baru lah refresh sikit apa yang dah study. jadi macam biasa baca doa dan jawab dengan hati yang tenang. mula-mula memang lah tenang sebab soalan pertama kena buat ringkasan je. "alah ini kacang. kejap-kejap. jangan riak fatty jangan riak" bisik hatiku. cewah. lepastu buat soalan pemahaman diikuti karangan ransangan dan komsas. segalanya berjalan dengan lancar~~

 eh jangan lah blah dah. tak habis lagi. ni nak masuk bab air mineral nih. sikit aja lagi!

lepas tu terus blah rehat. tapi atie dengan Sora pegi bilik kaunseling sebab nak bayar duit kem. lepas bayar atie terus turun. time tuh rasa sakit perut dah datang balik. tapi sekejap je. lepas dah sampai kantin macam biasa beli makanan lah. tapi sebab dah lambat atie beli mihun sup seringgit. kebiasaannya dua ringgit. lepas makan ngap ngap beli ayam goreng naik atas balik. time tuh cikgu tengah tak ada. ngap ngap ayam goreng beli tadi lepastu minum air. blurrppp lhamdulillah~

haha marah ke der? ampun maaf dipinta. okay ni nak masuk bab air mineral nih, SERIOUS TALK

dalam lebih kurang sejam lah sebelum exam sejarah start. jadi atie dengan geng atie rilek rilek dulu. lepastu baca sejarah. pinjam buku amier sebab malas nak ambik buku kat belakang. haha pemalas kan? tiba tiba time tuh sakit perut yang memulas tu dah datang balik. fulamak power pulak rasa dia kali ni. almaklumlah tadi dah campur dengan ayam goreng dengan mihun sup tuh kan? okay pengotor gila. jadi ajak lah sora pergi tandas. tapi tak tahu macam mana anis pun boleh terikut sekali. pelik bin ajaib.

time tuh kiteorang bergaduh gak lah . alah small matter aja pun. kiteorang bergaduh pasal AIR. gila tak gila ? haha sora cakap kena pakai toilet menengah atas sebab toilet menengah bawah takde air. adoi dahlah toilet menengah atas jauh kat hujung dunia sana. jadi atie ambik langkah drastik dengan check sendiri betul ke tandas menengah bawah ada air tak. time tuh tangan dah dekat belakang bak orang mengandung sebab dah sakit gila ni weh ! hahaha time tuh atie dah tak ingat apa apa dah. dunia ni gelap bak lampu yang tidak menyala. ceh bermandah pujangga pulak haha. masuk-masuk aja PERTAMA SEKALI. check air. **bukak paip** atie terus keluar cakap kat sora dengan anis "ADA LAH AIR SAPA CAKAP TAKDE BONGOK" dengan puas hati atie cakap macam tuh. muka dah happy giler ada air xD

part ni agak gross sikit jadi kepada sesiapa yang lemah semangat . orang yang "pembersih" dipersilakan exit blog atie. kepada yang tak exit tuh. tahniah. usaha anda baca blog nih membawa untung sebab part ni memang takkan lupa punya.

time tengah dalam toilet tuh sora dengan anis punya mulut. per atie dalam hati "kau pikir aku tak dengar ke setan" tapi sebab sayang kawan atie sabarkan jugak. time tuh dah cuak takut tiba tiba air terputus kan. ah sudah kena pakai benda kesat. eiw eiw haha xD tapi alhamdulillah tak terjadi pun. masa tuh sora jerit "woi fatty cepatlah sikit" atie pun macam "sabarlah bongok". yang pasti masa tuh atie ada dengar sesuatu yang tak berapa jelas. yang pasti bunyi nya memerli atie kononnya takde air and suruh diorang beli AIR MINERAL buat cuci taik sisa-sisa yang tidak diperlukan. "oh kau pikir aku tidak dengar yaa?" keluh hatiku. lepas dah keluar tuh ada cepat cepat atie basuh tangan . diorang pun gelak tak ingat dunia hinggakan isma (senior kami) cakap diorang gila. haha ini lawak. atie dah blushing gila nampak isma tadi. "isma kau janganlah fikir bukan-bukan. aku buang hajat je tadi. tolong ignore" bisik hatiku xD

atie fikir habis sampai situ aja. TAK HABIS LAGI. diorang gelak gelak tak habis habis sampai naik tangga pun satu persatu takut terpele'ot . kebetulan haziq dengan kimmy (separa senior kami. [form 3]) datang dan atie dengan haziq berbalah mulut macam perang dunia. haha lepas dah naik kelas pun diorang dengan gelak tak habis lagi. atie rasa can kalau boleh tape-kan mulut ikat kat kerusi. lantak korang takyah ambik exam. ada hati gelakkan sampai ke kelas. puihh

exam sejarah takde lah menarik sangat. jadi takyah cerita. kenapa? sebab lepas siap sejarah atie tidor. okay

apa pun ini merupakan satu dendam yang sangat manis untuk disimpan. atie cuma berharap satu hari nanti diorang pulak yang nak buang hajat. dan atie yang temankan. tiba-tiba air terputus. KERANA MULUT BADAN BINASA yee. time tuh korang mintak beli air mineral. aku bagi air neslo. biar rasakan xD . gelakkan lagi. haha

okay sampai situ sahaja yang berkaitan dengan topik air mineral ni haha. kepada sesiapa yang merasakan topik ni sangat kotor dan tidak sesuai. atie minta maaf tapi bagi atie kita semua nak happy-happy bukan nak jadi macam orang dewasa sangat. harap maklum.


oh ada lagi satu cerita atie nak share. tadi petang lepas daus (adik atie) balik sekolah. dia berdialog dengan umi. dialognya berbunyi macam ni

umi "esok periksa apa?" daus "apa?" umi "esok periksa apa?" daus "apa?" umi "esok periksa apa?" daus "apa?" umi "....." daus "esok periksa apa?"

rasanya semua orang pernah mengalami situasi yang sama macam dialog di atas. haha okay sekian. assalamualaikum

0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life