<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5094340153701727609\x26blogName\x3dToday+My+Life+Begins\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://mangochoco.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://mangochoco.blogspot.com/\x26vt\x3d-1817813018717042127', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
bonjour ~

Welcome to the my world! I was once told that the twenties are the best years to make an account of precious memories of life, dreams and love–doing so in the most vibrant manner possible.

: fatty, 31 march, malaysian .
+ follow | Email | Twitter |
Instagram | Dashboard |

Friends:
throwback.
written on Thursday, 4 December 2014 @ 12:23 ✈

selamat pagi !!

(actually lagi 5min je nak dekat pukul 12 masa nak mula blogging ni)

jadi tiada agenda yang menarik pun jadi hari ini. cuma aku, keluarga aku, bersantai depan TV menonton macam-macam ceritalah yang. yang mana seronok, tengok, tak seronok, tukar. Astro kan ada.

ceeh

jadi memandangkan takda benda seronok nak cerita, aku cerita kejadian-kejadian lepaslah ataupun trend sekarang orang kata throwback jadi mari lah kita throwback sebentar.

aku dekat sekolah boleh kira retis lah (alah perasan) sebab aku giat seni budaya, bidang seni aku nyanyian dan lakonan teater. dalam bidang nyanyian tu so far takda lah nak mewakili sekolah ka, daerah ka, dll cuma sekadar menyanyi depan orang ramai lah.

eh jap.

pernah mewakili sekolah masa aku tingkatan 1 dulu dalam pertandingan DiGilive Sekolahku Berbakat. ada banyak lagi wakil-wakil sekolah aku. yang berjaya sampai Final pun ada satu band kami nama Taufan. aku tak berapa nak ingat lah menang apa hehe.

sekarang ni aku sekadar buat persembahan sekolah lah, masuk pertandingan pun macam talentime sekolah. last year aku pernah menang johan (alhamdulillah) dengan lagu "No One" oleh Alicia Keys. tahun ni pun aku masuk juga dengan lagu "I Don't Wanna Miss A Thing" oleh Aerosmith tapi nasib tak berapa nak menyebelah aku der dapat tempat ke-3 pun tak. mana tak-nya tengah syok-syok nyanyi boleh pulak time aku nak telan air liur. dah serupa sendawa bunyi mic tu. lepastu lack of practise lagi memang tak ada harapan lah ceritanya. apalah nasib badan~

okay tu bidang nyanyian. sekarang teater.

masuk tahun ni dah tahun ke-2 lah aku berkecimpung dalam bidang teater ni. lagipun group kami masih baru. baru tahun lepas ditubuhkan jadi masih newbie lah dalam bidang ni. tapi baru tak baru alhamdulillah tahun lepas kami menang tempat ke-3 dalam pertandingan 'Drama Teater Komsas' peringkat Daerah. masatu kami melakonkan drama 'Inflakasta' (dalam novel Gema Sepi Gadis Genius Tingkatan 2). memang mencabar lah drama ni macam-macam dah kami lalui akhirnya dapatlah no 3 tu pun dah bersyukur sangat dah.

tambahan pula aku main watak utama nama Siti. siti ni seorang mak kurang waras yang kehilangan dua anaknya Infla dan Kasta. jadi aku kena lah berlakon jadi gila meroyan hilang anak haduh memang perit taw dapat watak ni sebab ada satu kali kami cuba melakonkan atas pentas perhimpunan, seminggu lepastu aku terkena jolokan 'siti gila' gila tak gila aku dapat pelakon wanita terbaik hokay hiks.

tahun ni pula kami aim nak dapat johan sebab nak masuk wakil negeri pula. drama kali asalnya '1400' tapi terlalu banyak kesulitan nak menjayakan drama tu jadi kami ubah ke drama 'Cempaka Berdarah' (tak pasti novel mana) kali ni kami bawa sekali adik-adik tingkatan 1 sebab nak cari pelapis untuk tahun-tahun hadapan. kali ni aku bawak watak yang sama, seorang mak, tapi hampir kehilangan anak lah. anakku namanya cempaka haaaa aku pulak nama Mak Jah.

kali ni sengit sikit nak bertanding sebab banyak sekolah nak bertanding tapi lawan punya lawan nasib sama juga dapat no 3 lagi takpalah rezeki kan. kami tetap bersyukur ke hadrat Ilahi.

banyaklah sebenarnya aku nak cerita tapi aku taknak tulis panjang-panjang jadi mungkin aku akan cerita lagi kisah throwback ni esok? lusa? tulat? wallahualam.

assalamualaikum.


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life